Sunday 29 January 2012

Aku Tua Kau Muda *Part 2



Part 2: What the....









“Kak Wi, mana Adi?” Tanya Kristal sambil mengambil tempat duduk di sisi kakaknya, Dewi Jessica. Dewi mengangkat bahu.
“Melepak rumah kawanlah kut... Kenapa?” Tanya Dewi Jessica hairan. Kristal memuncungkan bibir.
“Dah dekat pukul 6 tak balik lagi.” Rungut Kristal. Putera Mir Adi adik bongsu mereka itu agak liar sedikit.
“Akak dah telefon dia. Tak angkat pun.” Ucap Dewi sambil matanya tepat merenung ke arah televisyen.
“Sejak mummy dan ayah tak ada kat rumah, tiap-tiap hari balik pukul 7. Dia tak reti Maghrib agaknya.” Mummy dan ayah mereka pergi ke Singapura menguruskan cawangan syarikat di sana. Hujung minggu barulah kedua orang tua mereka memunculkan diri.
“Please jangan membebel kat telinga akak. Bingit tahu tak?” Dewi Jessica mengangkat punggung bangun menuju ke arah dapur. Kristal mencebik kecil.
Kristal membuka pintu rumah dan memanjangkan leher keluar. Mana Adi ni? Tak tahu ke dah petang sangat? Pukul berapa baru dia nak balik? Haila!
Mata Kristal tertumpu pada seorang lelaki yang bediri di hadapan pagar rumah mereka. Kristal mengecilkan mata. Apa dia buat kat sini?
Langkah Kristal laju mendekati lelaki itu. La... Muka macam baru masuk tingkatan tiga. Ini bukan lelaki, ini budak!
“Weyh budak! Kau buat apa maghrib-maghrib kat depan rumah orang? Pergi balik sana! Sembahyang lagi bagus. Hai... Budak-budak zaman sekarang ni memang meliar malam-malam buta.” Kristal menggeleng-geleng kepala. Dari bibirnya kedengaran berbunyi ‘tsskk... tssskkk.. tsssskk’.
Budak itu mengecilkan mata memandang Kristal tepat.
“Budak??”
Amboi budak ni. Suara garau semacam. Kristal berdehem kecil.
“Baliklah nanti mak kau cari.”
“Mak aku nak cari buat apa?”
“La budak. Mestilah mak kau cari. Aku tengok kau ni macam budak umur 15 tahun aje? Pi balik rumah sekarang!” Tegas suara Kristal. Budak ni tak reti bahasa ke apa?
“Mana Adi?”
Kristal terkesima. Dia amati wajah budak itu lama-lama. Ye lah memang muka macam budak-budak, tapi tinggi dia luar biasa semacam aje? Lebih tinggi daripada Adi kut.
“Adi? Kau kawan adik aku ke?”
“Ye lah! Takkan kawan kau pula? Mana Adi? Tadi kita orang main kat basket ball tiba-tiba dia hilang.”
“Ha?”
“Adi mana? Ada dalam rumah tak?” Desak budak itu. Kristal terkebil-kebil.
“Kris kau buat apa duduk luar?!” Jeritan Dewi Jessica kedengaran. Serentak itu wajah Dewi Jessica muncul di sebalik pintu rumah.
“La, Fauzan... Mana Adi?” Dewi Jessica bergegas ke halaman rumah lalu berdiri di sebelah Kristal.
“Tadi kita orang main dekat basket ball sama-sama. Lepas tu tengah main dengan kawan-kawan lain, Adi dah tak ada. Tu yang saya cari sampai kemari Kak Dewi.”
“Ha??! Adi hilang?!!” Dewi Jessica membulatkan mata. Kristal melopong luas-luas.
“Adi hilang?!” Seru Kristal kuat.
Fauzan terpinga-pinga. Adi hilang?








*Fauzan*





1 comment:

Unknown said...

misteri la pulak. adik hilang.