Monday 13 February 2012

Aku Tua Kau Muda *Part 4


Part 4: Tell me what you want!














“Kau ni bodoh ke apa? Kenapa tak call kalau dah sakit tu?” Tanya Kristal menjengil mata. Adi tarik muka lemah. Jessica peluk tubuh aje sambil bersandar di sofa kereta.
“Ishy.... Geramnya aku!” Kristal tolak dahi Adi kasar.
Wah, jahat gila kakak Adi... Bisik hati Fauzan kecil. Tangan sibuk pegang stereng kereta, mata sibuk toleh ke tempat duduk belakang. Apa la Fauzan!
“Adi makan apa semalam?” Tanya Jessica kecil sambil toleh ke belakang menatap wajah kedua-dua adik dia.
“Nasi goreng.” Ucap Adi lemah. Kristal membulatkan mata.
“Nasi goreng?” Soal Kristal terkebil-kebil. Jessica tahan ketawa.
“Nasi goreng tu Kristal buat malam semalam semalam. Yang Adi makan pagi tadi tu buat apa? Basi dah...” Jessica gelak habis. Adi cebik.
“Mana nak tahu...” Ucap Adi lemah. Nasib baik kena tahan semalam aje kat wad sebab doktor kata badan Adi kena masuk air kerana kekurangan air. Mana taknya, dah 10 kali keluar masuk tandas. Ufgghhh... Seksa kot!
“Benda basi tak dapat beza ke Adi?” Tiba-tiba suara Fauzan menyampuk. Ada sinis pulak tu kat hujung suara. Kristal menoleh kasar ke arah Fauzan.
“Kau tau ke??” Tanya Kristal dengan suara macam nak cari gaduh. Fauzan teguk air liur. Terkejut gila!





*Fauzan*







Sunday 29 January 2012

Aku Tua Kau Muda *Part 3



Part 3: You are so cute !










BRAKKKK!!!!
Langkah Fauzan terhenti. Dia menoleh kebelakang. Melopong bibirnya terpandang Puteri Kristal Tihani duduk sambil terbongkang di tepi jalan raya. Wajah Kristal Tihani yang menyeringai sakit itu diamati lama-lama.
“Kris?” Muncul nama itu di bibir Fauzan. Kristal mengetap bibir. Wah. Malu tak terkata!
Cepat-cepat Kristal Tihani bangun membetulkan baju dan rambutnya. Dia tunduk dan menyuluh ke tanah mencari ‘benda’ yang membuat dia terjatuh. Kayu? Dengan perasaan geram Kristal Tihani menyepak kayu itu ke tepi.
‘Buat malu aku je!’ Gumam Kristal dengan perasaan mendongkol. Fauzan tahan ketawa. Perempuan ni nampak saja dah besar panjang. Tapi perangai tadika ria.
“Weyh! Kau orang buat apa lama-lama kat situ? Cepatlah dah nak malam ni. Kita kena cari Adi sebelum dia betul-betul hilang.” Dari jauh Dewi Jessica menyeru.
Kristal buat muka geram. Memang dah hilang pun!
“Kak, jom kita buat report polis!”
“Janganlah dulu. Kita cari dia kat dewan basket ball tu.”
Kristal berjalan laju-laju meninggalkan Fauzan dengan perasaan malu tak hengat.
Sampai kat dewan basket ball, Dewi Jessica berlari laju ke tengah-tengah kawasan permainan.
“ADIIIII.......” Jerita Dewi Jessica bergema satu bangunan.
“ADIIII.........” Kristal ikut menyumbangkan suara. Peluh renik terbit di dahi cemas. Mana budak Adi ni pergi?
“Adi kau kat mana??!!!” Jerit Dewi Jessica berlari-lari anak ke depan dan belakang sambil menghalakan lampu suluh mengikut langkahnya.
“Err... Sini.”
Serentak itu, Dewi Jessica dan Kristal terus menyuluh ke arah Fauzan.
“Mana?” Tanya Dewi Jessica dan Kristal serentak. Fauzan meletakkan jari telunjuknya ke lantai beberapa kali. Mata mereka dua beradik jatuh ke atas lantai bersama.
“Adi!!!!” Jessica dan Kristal serbu ke arah Adi. Kenapa dengan Adi? Dah mati ke hidup?
“Adi bangun!!!” Air mata meleleh-leleh jatuh ke pipi.
“Kau bunuh Adi ke?!” Tempelak Kristal kasar melemparkan renungan tajam ke arah Fauzan.
Fauzan ternganga lebar. Mana makcik dapat idea macam tu?
“Adi bangun Adi... Ni kakak datang...” Jessica pangku kepala Adi sambil goncang-goncang tubuh Adi.
“Ya Allah, kau selamatkan Adi kami...” Kristal ikut sama teresak-esak menahan tangis.
“Adi....” Seru Kristal tampar wajah Adi berkali-kali. Kristal tertahan-tahan lalu merebahkan kepala di dada adik bongsu mereka.
“Uuwwaaaa!!!!” Tangisan Kristal memenuhi satu dewan. Fauzan terkebil-kebil melihat. Wah, Adi betul-betul dah mati ke? Biar betul? Hati dia digigit cemas.
“Jom bawa Adi ke hospital! Telefon ambulan!” Cadang Fauzan mendadak. Wajah Kristal yang sudah basah memandang wajah Fauzan.
“Adi... Selamatkan Adi...”
Fauzan mengeluh keras. Dia nak selamatkan Adi? SPM pun kantoi takkan nak jadi doktor tak bertauliah kut?
“Kak...” Suara Adi bergetar. Mereka bertiga terkaku sambil membuka mata luas-luas.
“Adi?” Bisik Jessica sambil membelai wajah Adi lembut.
“Sakit perut... Sakit sangat...”
Jessica dan Kristal berpandangan. Fauzan yang tadinya sibuk memicit butang telefon untuk panggilan kecemasan tercengang-cengang. Adi tak mati lagi?








*Adi*





Aku Tua Kau Muda *Part 2



Part 2: What the....









“Kak Wi, mana Adi?” Tanya Kristal sambil mengambil tempat duduk di sisi kakaknya, Dewi Jessica. Dewi mengangkat bahu.
“Melepak rumah kawanlah kut... Kenapa?” Tanya Dewi Jessica hairan. Kristal memuncungkan bibir.
“Dah dekat pukul 6 tak balik lagi.” Rungut Kristal. Putera Mir Adi adik bongsu mereka itu agak liar sedikit.
“Akak dah telefon dia. Tak angkat pun.” Ucap Dewi sambil matanya tepat merenung ke arah televisyen.
“Sejak mummy dan ayah tak ada kat rumah, tiap-tiap hari balik pukul 7. Dia tak reti Maghrib agaknya.” Mummy dan ayah mereka pergi ke Singapura menguruskan cawangan syarikat di sana. Hujung minggu barulah kedua orang tua mereka memunculkan diri.
“Please jangan membebel kat telinga akak. Bingit tahu tak?” Dewi Jessica mengangkat punggung bangun menuju ke arah dapur. Kristal mencebik kecil.
Kristal membuka pintu rumah dan memanjangkan leher keluar. Mana Adi ni? Tak tahu ke dah petang sangat? Pukul berapa baru dia nak balik? Haila!
Mata Kristal tertumpu pada seorang lelaki yang bediri di hadapan pagar rumah mereka. Kristal mengecilkan mata. Apa dia buat kat sini?
Langkah Kristal laju mendekati lelaki itu. La... Muka macam baru masuk tingkatan tiga. Ini bukan lelaki, ini budak!
“Weyh budak! Kau buat apa maghrib-maghrib kat depan rumah orang? Pergi balik sana! Sembahyang lagi bagus. Hai... Budak-budak zaman sekarang ni memang meliar malam-malam buta.” Kristal menggeleng-geleng kepala. Dari bibirnya kedengaran berbunyi ‘tsskk... tssskkk.. tsssskk’.
Budak itu mengecilkan mata memandang Kristal tepat.
“Budak??”
Amboi budak ni. Suara garau semacam. Kristal berdehem kecil.
“Baliklah nanti mak kau cari.”
“Mak aku nak cari buat apa?”
“La budak. Mestilah mak kau cari. Aku tengok kau ni macam budak umur 15 tahun aje? Pi balik rumah sekarang!” Tegas suara Kristal. Budak ni tak reti bahasa ke apa?
“Mana Adi?”
Kristal terkesima. Dia amati wajah budak itu lama-lama. Ye lah memang muka macam budak-budak, tapi tinggi dia luar biasa semacam aje? Lebih tinggi daripada Adi kut.
“Adi? Kau kawan adik aku ke?”
“Ye lah! Takkan kawan kau pula? Mana Adi? Tadi kita orang main kat basket ball tiba-tiba dia hilang.”
“Ha?”
“Adi mana? Ada dalam rumah tak?” Desak budak itu. Kristal terkebil-kebil.
“Kris kau buat apa duduk luar?!” Jeritan Dewi Jessica kedengaran. Serentak itu wajah Dewi Jessica muncul di sebalik pintu rumah.
“La, Fauzan... Mana Adi?” Dewi Jessica bergegas ke halaman rumah lalu berdiri di sebelah Kristal.
“Tadi kita orang main dekat basket ball sama-sama. Lepas tu tengah main dengan kawan-kawan lain, Adi dah tak ada. Tu yang saya cari sampai kemari Kak Dewi.”
“Ha??! Adi hilang?!!” Dewi Jessica membulatkan mata. Kristal melopong luas-luas.
“Adi hilang?!” Seru Kristal kuat.
Fauzan terpinga-pinga. Adi hilang?








*Fauzan*





Aku Tua Kau Muda *Part 1




Part 1 : Do we know each other, huh?





 









“Siapa nama awak?”
“Puteri Kristal Tihani.”
“Gila pelik nama?”
“Yang penting cantik.”
“Siapa bagi nama?”
“Mummy.”
“Mummy awak keturunan apa? Di raja?”
Bantai gelak satu bilik kuliah. Kristal memuncungkan bibirnya.
“Jahatlah encik!” Rungut Kristal kecil hati. Wah. Hari pertama dah jadi bahan gelak. Cis!
“Dah kahwin ke belum?”
“Belum lagi.”
“Nak saya masuk meminang Puteri Kristal Tihani?”
“Buweekkk...” Kristal buat muka geli. Sekali lagi bunyi tawa memenuhi ruang bilik kuliah.
“Okay kelas, hari pertama ni kita gurau-gurau boleh. Tapi next time in my class, I do take serious all of the time. So nice to know you Puteri Kristal Tihani. Next her please...” Encik Saiful tersenyum lebar memandang wajah Kristal yang masam. Masam-masam pun manis juga.








Saturday 28 January 2012

Sepatah dua kata

HAI KAWAN-KAWAN !!!!


Skang ni banyak gile blog e-novel an? Berjuta bulog di langit, ku diantara satu... ~


E-novel saya ni berbentuk fan pic n cincai nak mampos .  Jadi amaran buat penggemar novel kat luar sana, cerita nih totally bohsan . K tu saja! ^___^














"AKU TUA KAU MUDA"